Rabu, 23 Februari 2011
SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H PERINGKAT GDW KG.KOTA AYANGAN,KENINGAU
Barisan Guru-Guru KAFA SAN Kota Ayangan, Keningau.
20.02.2011 ( Ahad )- Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW yang julung-julung kali diadakan di GDW Kg.Kota Ayangan, Keningau.
Dalam Majlis tersebut, telah diadakan pertandingan perarakan dan Pertandingan Salawat yang melibatkan 7 penyertaan.
Pelajar-Pelajar dari SAN GDW Kg. Kota Ayangan, yang juga merupakan pelajar-pelajar KAFA di kampung ini, telah memenangi tempat Pertama dalam Pertandingan Perarakan yang melibatkan penyertaan seramai 72 orang termasuk 3 orang guru pengiring.
Moga acara-acara keagamaan seperti akan akan terus dilaksanakan setiap masa untuk menyedarkan kita betapa pentingnya agama dalam kehidupan kita sehari-harian.....
.....
Sabtu, 19 Februari 2011
1. Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Qur’an adalah keunggulan yang tertinggi.
i) Berwudhuk
ii) Dibaca di dalam sucu daripada hadas
iii) Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat
iv) Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat
v) Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati dengan bersungguh-sungguh.
vi) Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud :-” Hiasilah olehmu Al- Qur’an dengan suaramu ” (Riwayat Ahmad)
Dicatat oleh Kafa San Kota Ayangan Keningau Sabah di 10:43 PTG 0 ulasan
Label: Adab Kepada Al-Quran
KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) JAWI DI SEKOLAH
Ahad, 13 Februari 2011
Selasa, 8 Februari 2011
Sambil-Sambil
Isnin, 7 Februari 2011
Dicatat oleh Kafa San Kota Ayangan Keningau Sabah di 7:11 PG 0 ulasan
Label: Maklumat Kelas Kafa 2011
Ahad, 6 Februari 2011
JADUAL WAKTU HARIAN KELAS KAFA SAN KOTA AYANGAN KENINGAU
MINGGU | HARI / MASA | 07.30 PG – 08.30 PG | 08.45 PG – 09.45 PG |
PERTAMA | ISNIN | ASAS TILAWAH AL-QURAN | JAWI |
| SELASA | KHAT | IBADAH |
| RABU | ADAB AKHLAK ISLAMIAH | LUGHATUL QURAN |
KEDUA | ISNIN | SIRAH | LUGHATUL QURAN |
| SELASA | ADAB AKHLAK ISLAMIAH | IBADAH |
| RABU | AKIDAH | KHAT |
KETIGA | ISNIN | IBADAH | JAWI |
| SELASA | KHAT | ASAS TILAWAH AL-QURAN |
| RABU | AKIDAH | SIRAH |
KEEMPAT | ISNIN | LUGHATUL QURAN | SIRAH |
| SELASA | ADAB AKHLAK ISLAMIAH | JAWI |
| RABU | ASAS TILAWAH AL-QURAN | AKIDAH |
Dicatat oleh Kafa San Kota Ayangan Keningau Sabah di 7:46 PTG 0 ulasan
Label: Maklumat Kelas Kafa 2011
Sabtu, 5 Februari 2011
Jadual Ujian Bulanan Kelas Kafa San Kota Ayangan Untuk Bulan Januari 2011
Jadual ujian bulanan kelas kafa san kota ayangan untuk bulan januari akan diadakan pada :
07.02.2011 (Isnin) - Subjek :
1.Asas Tilawah Al-Quran
2.Jawi/Khat
08.02.2011 (Selasa) - Subjek :
1.Ibadah
2.Adab Ahlak Islamiah
09.02.2011 (Rabu) - Subjek :
1.Bahasa Arab
2.Akidah
3.Sirah
Dicatat oleh Kafa San Kota Ayangan Keningau Sabah di 7:00 PG 0 ulasan
Label: Maklumat Kelas Kafa 2011
Selasa, 1 Februari 2011
Iklan Pengambilan Guru Kafa Tahun 2011
1. Syarat kelayakan guru adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun;
c) Sihat tubuh badan dan disahkan oleh pegawai perubatan;
d) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:-
a. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu
b. Lulus Pendidikan Islam atau lulus Pendidikan Al-Quran dan
e) Pengecualian Khas bagi kawasan-kawasan tertentu hendaklah:
a. Lepasan Sekolah Menengah Agama, atau
b. Lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kepujian dalam
f) Hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada majikan bagi
Prosedur Permohonan
1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang B
Renungan Bersama.....
”Ketahuilah! Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bauan hidup yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak (semua itu terhad waktunya), samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur), menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan daripada Allah (disediakan bagi orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain , hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah al-Hadid, ayat 20)