BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 1 Februari 2011

Iklan Pengambilan Guru Kafa Tahun 2011

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah dengan ini mempelawa calon-calon bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Guru KAFA di seluruh Negeri Sabah

Syarat Kelayakan Guru

1. Syarat kelayakan guru adalah seperti berikut:

     a) Warganegara Malaysia;
     b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun;
     c) Sihat tubuh badan dan disahkan oleh pegawai perubatan;
     d) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:- 



         a. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu
         b. Lulus Pendidikan Islam atau lulus Pendidikan Al-Quran dan 
             Al-Sunnah atau lulus Pendidikan Syariah Islamiah; dan 
         c. Lulus Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya.

     e) Pengecualian Khas bagi kawasan-kawasan tertentu hendaklah:

         a. Lepasan Sekolah Menengah Agama, atau
         b. Lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kepujian dalam 
             Pendidikan Islam, atau 
         c. Lepasan Pusat Latihan Islam dan Pusat Latihan Dakwah atau 
             Institut Latihan dan Kemahiran JAKIM, atau 
       
         d. Lulus temuduga / ujian.

     f) Hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada majikan bagi 
        pemohon yang mempunyai jawatan rasmi lain. 


Prosedur Permohonan 

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang B 
    (Borang Permohonan Guru KAFA) dan disertakan dengan sijil-sijil 
    yang telah disahkan dan hendaklah dikemukakan ke Jabatan 
    Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah melalui Penyelia 
    KAFA Daerah yang berkenaan:

Tarikh Tutup Permohonan Sebelum 14 Febuari 2011 (Isnin) 

0 ulasan: